05 December 2024
"ALHAMDULILLAH MAKIN SIHAT... ABANG ALI (XPDC) MASIH BOLEH MENYANYI LAGI, TAPI SUDAH TIDAK AGRESIF SEPERTI DULU"- ISTERI
"Alhamdulillah, keadaan abang Ali sekarang sudah semakin sihat. Doktor dah beri ubat sebab abang Ali, paru-paru dia berair dan jantung juga bengkak. Setakat ini, ubat semua dah berikan kepadanya.
"Syukur kepada Allah, memang dah nampaklah perubahan kesihatan abang Ali. Dari hari pertama dimasukkan ke hospital hingga hari ini adalah hari ketiga, Alhamdulillah makin sihat dan masih dalam pemantauan doktor."
Demikian jelas isteri kepada penyanyi Ali XPDC, 56, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, dimana dia memaklumkan, suaminya berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami paru-paru berair dan jantung bengkak yang masih memerlukan pemantauan doktor di Hospital Cyberjaya.
Kata Sharifah Azuwanna, keadaan Ali pada hari ketiga berada di hospital untuk rawatan itu menunjukkan perubahan amat positif dan semakin sihat.
Ali atau nama penuhnya, Mohd Ali Ismail sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Wad Kecemasan Hospital Cyberjaya pada petang Isnin lalu selepas mengalami sesak nafas.
Sementara itu, Sharifah Azuwanna turut menjawab pertanyaan mengenai tawaran menyanyi yang sudah diterima, dimana katanya, suaminya masih boleh menyanyi lagi, tapi hanya mampu menyampaikan antara dua atau tiga lagu saja.
"Insya Allah, abang Ali masih boleh menyanyi lagi, tapi sudah tidak agresif seperti dulu. Dia tidak boleh dah kalau nak menyanyi 20 lagu atau terbabit persembahan konsert besar.
"Tapi, kalau menyanyi dua atau tiga lagu masih boleh. Cuma, tak boleh beri tekanan kepada abang Ali sekarang sebab jantung dia masih bengkak dan doktor beritahu ambil masa untuk pulih," ujarnya.
Dalam pada itu, isteri Ali juga memohon doa ramai agar sakit dialami suaminya itu pulih dan kembali sihat kerana ada beberapa tawaran menyanyi sudah diterima.
Terdahulu, Ali dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 10 Julai lalu akibat masalah se£sak nafas.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment