05 December 2024

P0SITIF DADAH - SUAMI ZAHNITA AKAN DIDAKWA HARI INI



Atas tuduhan berkaitan keganasan rumah tangga, suami kepada pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson akan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, susp£k akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Selain itu, suspek juga akan berdepan pertuduhan tambahan berkaitan kes urin positif narkotik," katanya.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman sebelum ini mengeluarkan perintah reman terhadap suami Zahnita selama tiga hari selepas ditahan pihak polis, Isnin lalu.

Terdahulu, Zahnita mengejutkan orang ramai apabila berkongsi dua foto di media sosial dimana ia menampakkan matanya yang l£bam.

Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, bagaimanapun tidak memperincikan apa yang berlaku, sebaliknya berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.

"Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam," tulis pelakon 'Kuliah Cinta' itu.

Susulan pendedahan itu, ramai pengikut termasuk rakan selebriti meluahkan simpati dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku terhadap Zahnita yang berwajah Pan Asian itu.

Difahamkan, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: