28 December 2024

AJL 39 - 2 LAGU LAGI BAKAL BERS4ING BERRSAMA 10 FINALIS LAIN GUNA TIKET WILDCARD?



Semua sedia maklum mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 dimana hanya 10 finalis sahaja yang akan berentap di peringkat akhir yang difahamkan bakal berlangsung awal tahun hadapan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Terkini, timbul pula dakwaan AJL 39 dikhabarkan bakal membuat k£jutan dengan pengumuman dua lagi finalis bagi acara berprestij tersebut dimana difahamkan mereka bertanding atas tiket 'wildcard'.

Menguat lagi dakwaan itu apabila sebuah video di TikT0k TV3 Malaysia seakan menjawab ker@guan warganet yang bertanya mengenai berita dua peserta 'wildcard' AJL 39.

Klik untuk gambar besar

TikT0k TV3 Malaysia menjawab soalan itu dengan memaparkan sesi penggambaran 'brand' AJL 39 seakan memberi bayangan figura seorang lelaki yang dipercayai finalis bertuah itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mula meneka calon finalis 'wildcard' yang akan berentap di AJL 39 bersama 10 finalis lain.
Dalam pada itu, perbincangan di laman sosial X pula turut membangkitkan dakwaan mengenai penyertaan peserta wildcard di AJL 39.

Terdahulu, sepuluh lagu yang mara ke pentas AJL 39 adalah Sengaja (Amir Masdi), Puas Sudah (Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret), Diam (Hael Husaini), Hening Rindu (Marsha Milan), Aura (Ernie Zakri), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Bukan Lagi Kita (Nadeera), Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz) dan Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: