Pelawak dan pelakon senior, Ebby Yus, 59, meluahkan rasa syukur, selain tidak sangka bantuan yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanafi Razak, 39, dimana dia diminta untuk menguruskan cawangan kedua kedai makan miliknya.
Kata Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, dia memang sudah lama kenal Ajak sejak zaman program Maharaja Lawak lagi.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Ajak dan tak sangka dia akan bantu saya sampai tahap macam itu.
"Kami mula kenal dan berkawan sejak Ajak mula masuk program Maharaja Lawak dan saya pula diminta pihak Astro untuk buat sesi perkongsian dalam program itu. Sepanjang kami kenal dalam program itu, Ajak seorang yang mudah didekati dan merendah diri.
Klik untuk gambar besar
"Ajak ada bertanya pada saya ada tak kedai makan yang dia boleh buka cawangan di kawasan Kampung Baru sebab saya tinggal di sana. Saya pun tak sangka pula dia nak bagi saya uruskan cawangan kedua kedai makannya itu.
"Difahamkan, selepas tolak semua bayaran pekerja dan sewa, dia akan kongsi keuntungan kedai makan itu dengan saya. Saya juga tidak perlu keluarkan sebarang modal pun," katanya.
Sebelum ini, Ajak dilaporkan berbesar hati membantu Ebby dengan mengambilnya untuk menguruskan cawangan kedua kedai makan miliknya serta berkongsi keuntungan atas dasar persahabatan yang terjalin sejak dulu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment