21 December 2024

AL-FATIHAH - BEKAS PENYANYI RAIHAN, NORDIN JAAFAR KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada keluarga bekas penyanyi kumpulan nasyid Raihan, Nordin Jaafar, 49, atas pemergian yang meninggal dunia di kediamannya di Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Selangor, hari ini.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang diredai-Nya. Diampunkan dosa-dosanya, diterima amal solehnya," tulis pengendali Instagram rasmi kumpulan nasyid itu beberapa jam lalu yang berkongsi berita pemergian Nordin ini.

Difahamkan, Allahyarham menghidap k£ncing manis dan mas@lah buah pinggang yang turut menj£jaskan penglihatannya.

Jenazah disempurnakan di Masjid Al Falah Ulu Yam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kaloi selepas solat Zuhur.

Sementara itu, penyanyi Fitri Haris turut berkongsi berita sedih itu di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar

"Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Nordin, moga bersama solihin. Kami pasti menyusul bertemu-Nya," katanya.

Untuk info, Allahyarham Nordin memulakan karier seninya dengan menganggotai kumpulan nasyid Alarm Me yang popular dengan lagu 'Bulan-Bulan Islam'.

Pada 2006, Allahyarham menyertai Raihan menggantikan penyanyi utama Raihan, Nazrey Johani yang tampil dengan album solo.

Kemudiannya, Allahyarham keluar dari Raihan dan muncul sebagai penyanyi solo dengan album Mari Berdoa pada 2007.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: