21 December 2024

BABY SHIMA S£LAR PENGHIBUR 'CUR1' & GUNA TANPA KEBENARAN 'MINUS ONE' YANG DICIPTA KHAS



"Tak sal@h pun nak nyanyi lagu-lagu saya. Tapi 'minus one' yang kami cipta sendiri itu jangan sebab dicipta khas untuk saya setiap kali tampil membuat persembahan. Kami membuat muzik sendiri.
"Kalau nak, minta saja dengan saya atau pihak pengurusan. Tapi bukan ambil diam-diam. Saya pun suka 'cover' lagu-lagu orang tapi sebelum itu saya hormat pada mereka, saya meminta kebenaran.

"Apabila ada persetujuan di kedua belah pihak, saya terus buat," kata penyanyi Baby Shima, 32, yang tampil membuat video penjelasan mengenai isu penyal@hgunaan hak cipta muzik lagunya, baru-baru ini.

Baby Shima meny£lar penghibur yang 'mencur1' dan mengguna tanpa kebenaran 'minus one' yang dicipta khas untuk penyanyi tertentu termasuk dirinya.

Ujar Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, tidak sal@h pun meminta izin pemiliknya daripada mengambilnya secara sembunyi di belakang pengetahuannya.

Difahamkan, terdapat pihak menggunakan 'minus one' eksklusif yang dicipta khas buat Baby Shima persembahkan atas pentas tanpa izin dan digunakan untuk tujuan komersial.

Dalam pada itu, Baby Shima yang terpaksa tampil dengan penjelasan selepas dirinya menjadi m@ngsa fitn@h dan batu ap1 itu memaklumkan, ada menghubungi satu pihak yang menggunakan karyanya secara sal@h.

"Saya sangat-sangat hargai sesiapa saja yang menyanyikan lagu saya. Isunya sekarang adalah 'minus one' itu diambil dan digunakan pihak lain yang tiada hak terhadap karya itu.

"Saya difahamkan, 'minus one' itu diperoleh daripada kru teknikal di sebuah acara persembahan saya. Apabila pihak saya tanya, mereka beritahu mendapatnya dari YouTube dan saya tahu dia men1pu," tuturnya.

Maklum Shima lagi, pihak terbabit hanya menceritakan perkara sebenar selepas pengurusannya menghantar surat am@ran untuk sam@n dan difahamkan, pihak dimaksudkan itu adalah seorang penyanyi wanita yang sedang bertapak dan membina nama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: