21 December 2024

SULIZA SALAM BERNIKAH SEMULA



"Tahniah kak Suliza. Moga kekal ke jannah kakak ku sayang. Syukur Alhamdulillah, saya tumpang gembirq untuk anda. Terima kasih atas undangan," tulis Anne Abdullah melalui Instagramnya.

Ia berikutan selepas dua tahun memegang status janda, penyanyi era 80-an, Suliza Salam yang juga ibu kepada penyanyi, Ismail Izzani, selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka dikenali Ismail A Samad kira-kira jam 11 pagi, hari ini.

Difahamkan, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman Suliza di Bukit Kiara, di sini dan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat terdekat.

Klik untuk gambar besar

Suliza sebelum ini berkahwin dengan ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.


TONTON VIDEO SEKITAR PERNIKAHAN SULIZA SALAM

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: