21 December 2024

"TAK PERLU BANDINGKAN... MASING-MASING JURI ADA CARA SENDIRI" - MAS IDAYU KATA DIA DAH TAK LAYAK NAK MASUK PERTANDINGAN



"Apa yang boleh saya buat? Dalam dunia ini, bukan kita hidup seorang. Ada ramai di sekeliling kita. Jadi, saya hadap saja sama ada suka atau tidak dan paling senang, tak payah layan.

"Malah, kalau ada cubaan prov0kasi sin1s daripada segelintir pihak yang mempers0alkan cara saya sebagai juri dan minta untuk menyertai pertandingan nyanyian sebagai peserta, tidak perlu.

"Saya dah tak layak nak masuk pertandingan dan tidak perlu saya nak menj@tuhkan diri sendiri. Sebab, hingga kini saya masih relevan dalam industri. Bukan nama saya dah tak ada.

"Saya tidak baca komen di media sosial. Apa yang netizen tulis saya tak ambil tahu sebab yang penting saya melakukan kerja penjurian dengan adil. Kalau ada tak kena, saya t£gur.

"Lagi pun, tak perlu nak bandingkan cara saya menilai dengan barisan juri profesional lain daripada mana-mana program realiti nyanyian di negara ini. Masing-masing juri ada cara sendiri.

Klik untuk gambar besar

Itulah kata penyanyi Mas Idayu dimana dia tetap yakin dirinya layak menggalas tanggungjawab juri itu yang disifatkan tidak perlu membandingkan caranya dengan orang lain.

Pengalaman 12 tahun sebagai juri pertandingan nyanyian membuatkan Mas Idayu atau nama sebenarnya, Masidayu Mesnun, 52, sudah terbiasa dengan kec@man netizen, termasuk berdepan perasaan tidak puas hati peserta.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini yang kini tampil dengan lagu terbaharunya, 'Harum Mekar Di Hati' dimana ia bergenre pop rock, berkata, sepanjang berada di kerusi juri, dia seorang yang komited dan profesional kerana hanya memberi fokus kepada persembahan peserta bertanding.

"Selama aktif menjadi juri setakat ini, setahu saya tidak pernah lagi saya memp£rtikaikan cara kerja (penjurian) orang lain. Ini kerana, saya menghormati mereka dan masing-masing ada kredibiliti sendiri.

"Ditambah, saya pula selesa jadi diri sendiri dan tidak perlu nak ikut cara orang lain. Pernah anda dengar saya komen juri di program lain Saya tak pernah buat macam itu," ujarnya yang turut menjelaskan, dia juga seorang yang tidak pernah kac@u orang, namun dirinya yang sering dig@nggu kerana cara penjurian kurang disenangi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: