21 December 2024

BERLAPANG DADA DIT£GUR ISU VIDEO GUNA AI TERHADAP WAJAH ALLAHYARHAM JOHAN - NORA ARIFFIN JANJI LEBIH HATI-HATI



"Saya ambil maklum teguran pihak tertentu berkaitan penggunaan video AI. Insya-Allah saya dan pasukan akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Terima kasih atas t£guran itu."
Demikian ujar penyanyi Datuk Nora Ariffin berhubung t£guran daripada seorang pendakwah bebas berkenaan isu penggunaan video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) terhadap wajah Allahyarham suaminya, Johan Nawawi pada Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, Rabu lalu.

Jelas Nora, dia berlapang dada dengan t£guran tersebut serta berkata, dia dan pasukannya akan lebih berhati-hati terbadap isu yang dibangkitkan.

Terdahulu, pendakwah bebas iaitu PU Syed men£gur Nora kerana perbuatan menghidupkan gambar tanpa tujuan baik dianggap tidak bertepatan dengan hukvm syarak.

"Perbuatan menggerak-gerakkan gambar (menggunakan Al) tanpa tujuan yang baik, maka tidak dibenarkan. Kepada kak Nora, harap tidak melakukan perkara seperti itu sebab tidak dibenarkan oleh syarak.

"Menghidupkan gambar dengan tujuan berduet untuk menyanyi. Malah, perbuatan itu boleh mendatangkan kea1ban kepada beliau dan arwah," t£gurnya menerusi video di Instagram.

Katanya lagi, tind@kan yang dibuat itu juga boleh mengund@ng perasaan kecil hati bagi suami Nora yang sekarang.

"Puan Nora juga sudah menjadi isteri kepada orang lain. Kena jaga suami yang ada supaya tidak meny@kiti hatinya. Wallahualam," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: