Tahniah diucapkan kepada pelakon Tya Ariffin dan suaminya, Asyraf Khalid atas kelahiran anak ketiga mereka yang selamat dilahirkan pada jam 11.11 malam tadi.
Kata Tya, bayi perempuannya itu dilahirkan secara normal dan diberi nama 'Aghnia Amira Jiwa'.
"Alhamdulillah mashallah tabarakallah, Baby kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal. Aghnia Amira Jiwa, dengan berat 3,6kg pada hari Jumaat 20-12-2024 pada jam 11.11pm," kongsinya.
Klik untuk gambar besar
Berita gembira itu turut menarik perhatian ramai selebriti tempatan yang meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.
Untuk makluman, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Pasangan ini sudah memiliki dua anak iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment