21 December 2024

AZZAHRA SAHKAN SUDAH TERIMA N0TIS - JAY ISWAZIR ENGGAN ULAS LANJUT



"Atas nasihat peguam saya, Nur Aida, saya tak dapat buat apa-apa kenyataan lagi kepada pihak media setakat ini. Biar kita urus k£s ini secara profesional."
Demikian kata bekas isteri kepada pelakon, Jay Iswazir iaitu Fatimah Azzahra Ahmad dimana dia mengesahkan sudah menerima n0tis tuntutan atau LOD (letter of demand) daripada peguam bekas suaminya itu yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kelmarin.

Jelas Azzahra yang juga pelakon itu, dia juga sudah menyerahkan kepada peguamnya, Nur Aida Md Zainuddin dari Aida Zainuddin & Co untuk tind@kan susulan.

Sementara itu, Jay ketika dihubungi juga tidak mahu mengulas lanjut k£s berkenaan : "Saya mohon maaf kerana tak mahu komen apa-apa mengenai k£s itu. Kalau ada sebarang persoalan boleh berhubung terus dengan peguam saya."

Sebelum ini, Jay sudah menyerahkan n0tis tuntutan atau LOD kepada bekas isterinya menerusi peguamnya, Tetuan Chambers Of Aminahtul Mardiah kelmarin susulan tind@kan bekas isterinya itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitn@h terhadapnya.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, Jay juga meminta Azzahra membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya bermula tarikh n0tis tuntutan dikeluarkan iaitu kelmarin.

Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertind@k menuntut ganti rug1, sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari.

N0tis itu dikeluarkan Jay terhadap Azzahra berhubung kenyataan bekas isterinya di Instagram baru-baru ini yang mendakwa pelakon itu mengas@rinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta did£sak untuk menggugurkan kandungan.

Selain itu, Azzahra juga mendakwa Jay culas dalam membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: