Takziah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya atas pemergian ibunya iaitu Junainah Hashim yang disahkan meninggal dunia pagi tadi akib@t s£rangan jantung.
Berita pemergian itu dikongsikan suami Scha yang juga pelakon dan pengacara, Awal Ashaari, dimana dia memaklumkan, ibu mentuanya itu meninggal dunia di sebuah hospital dan akan dikebumikan selepas solat Asar.
"Dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah Hashim menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi tadi di hospital akib@t s£rangan jantung.
"Jenazah dikafan dan akan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 sejurus selepas Asar.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, Scha yang bakal mengacarakan acara Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) pada malam ini terpaksa membatalkan urusan itu.
Bagaimanapun, program malam anugerah berkenaan akan tetap diacarakan oleh pengacara, Datuk AC Mizal.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment