07 December 2024
"RM150K MEMANG BANYAK TAPI PEMODELAN BUKAN DUNIA SAYA LAGI" - ZAHNITA TOLAK TAWARAN JADI MODEL, MAHU FOKUS PADA ANAK & BISNES
"Dengan rendah diri, saya perlu tolak tawaran daripada Jakel. Buat masa sekarang, saya ingin fokus pada anak dan bisnes sahaja. RM150k memang banyak tapi pemodelan bukan dunia saya lagi.
"Saya hanya jadi diri sendiri dan gunakan media sosial untuk mempromosikan busines pai saya," ujar pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson dimana dia dengan rendah diri terpaksa menolak tawaran menjadi model kempen Hari Raya Jakel, meskipun tawaran itu bernilai RM150,000.
Zahnita yang mendedahkan perkara itu menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, turut berkata, buat masa ini dia hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan dan anak-anak. Tambahnya lagi, dia kini sedang sibuk siapkan tempahan 3,000 pai.
"Sasaran saya untuk bulan ini adalah untuk buat 3,000 pai. Insya-Allah semoga tahun depan boleh capai 10,000 pai. Masa saya mulakan perniagaan saya minta Allah tunjukkan jalan dan saya pasang impian mahu hantar 1 juta pai ke Pal£stin," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment