"Keluarga saya sokong saya dan dia. Saya rasa tidak perlukan pengesahan daripada mana-mana pihak. Ini kerana keluarga saya okey membuatkan saya gembira."
Demikian ujar pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan dimana dia berasa lega dan syukur apabila keluarganya menyokong hubungan istimewa dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol ketika ini dan perkongsian itu sekaligus merungkai tanda tanya ramai mengenai status hubungan mereka.
Berkongsi perkara itu dalam siaran langsung Instagram baru-baru ini, Ameera atau nama penuhnya, Nur Ameera Abdul Halim Khan berkata, dia tidak perlu untuk memenuhi kehendak mana-mana pihak kecuali keluarganya.
Dalam pada itu, Ameera juga menjawab pertanyaan netizen, dimana tuturnya, cara komunikasi dengan Jefri berjalan lancar meskipun berbeza negara.
Klik untuk gambar besar
"Dia nama besar tetapi sangat baik dan bangga dengan dia. Itu pandangan saya tentang hubungan saya," jelas adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa ini.
Minggu lalu, tular foto gelagat mesra mereka termasuk video Ameera memanggil Jefri dengan panggilan sayang, namun kedua-duanya tidak membuat sebarang kenyataan tentang status hubungan mereka yang menc£tuskan persoalan dalam kalangan peminat.
Terdahulu, Jefri juga berdepan kec@man selepas membuat pendedahan pernah menidur1 lebih 20 wanita selain berlaku cur@ng terhadap pasangannya, malah dia juga pernah mengakui menjamah daging b@bi untuk menambah berat badan sebagai persediaan sukan tinju.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment