25 December 2024
MUSIB4H BANJIR BERI K£SAN, MENGERTI PER1TNYA - ZIZAN KONGSI KISAH MASA KECIL HARUNGI BENC4NA
"Saya masih kecil waktu itu. Arwah datuk yang mendukung saya mengharung banjir. Masa nak keluar rumah itu saya tengok ada biawak di belakang mesin basuh. Saya tak pasti barang r0sak t£ruk, tapi saya ingat air separuh dada orang dewasa.
"Apa pun saya tahu musib@h itu sangat-sangat beri k£san kepada sesiapa yang melaluinya. Banjir ini satu ujian yang berat buat sesiapa yang mengalaminya. Pengalaman merasai banjir waktu kecil dulu, saya tahu ia sangat renyah dan menyus@hkan. Apa-apa pun kita kena reda sebab semua ini ujian Allah.
"Cuma saya rasa sedikit ral@t bila saya tak sempat hulurkan bantuan. Namun, saya bantu juga mana yang boleh. Saya tak sempat balik Terengganu, tapi saya sentiasa dapatkan perkembangan terkini dengan komuniti di sana dan mana yang saya boleh bantu, saya bantu."
Itulah jelas pelawak dan pelakon, Zizan Razak, 40, dimana dia berkata, musib@h banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini memberi k£san terhadap perasaannya, malah situasi itu mengingatkannya ke era hujung tahun 80-an ketika dia masih kecil.
Kongsi Zizan, ketika era masa kecilnya, rumah keluarganya di Terengganu ditenggelami banjir dan selepas datuknya bersara, mereka yang sebelum ini tinggal di kuarters, berpindah ke Kuala Lumpur.
Bersyukur rumah neneknya tidak dilanda banjir ketika banjir melanda beberapa kawasan di Terengganu, termasuk rumah bapa saudaranya yang turut terk£san, Zizan dalam masa turut meluahkan rasa syukur apabila banyak bantuan yang dihulurkan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi sukarelawan yang digerakkan.
"Semua mereka saya kenal. Mereka pun dah bergerak bagi bantuan kepada m@ngsa yang terj£jas. Kalau tak ada saya seorang pun, mereka dah berjalan. Kalau tak dapat hulurkan bantuan mungkin saya boleh hulurkan doa dan bantu dari jauh. Insya-Allah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment