25 December 2024
KINI BERDAMAI - IFA RAZIAH & ROSLAN SHAH 'TUTUP BUKU' SENGK£TA TUJUH TAHUN
Penyanyi Ifa Raziah, 49, dan Roslan Shah, 53, nampaknya kembali menjernihkan semula persahabatan mereka yang terputus itu selepas tujuh tahun bersengk£ta kerana dakwaan ugvtan bunvh apabila mereka dengan masing-masing saling bermaafan.
Baru-baru ini, kedua-dua mereka yang sudah berbaik itu hadir pada sidang media Dendam Kemaafan Yang Terindah Ifa Raziah-Roslan Shah, selain mengumumkan penganjuran Starvendors Mega Raya 2025 di sebuah hotel, di sini.
"Ini kerana, perg@duhan kami bukan sebab berg@duh mulut, tik@m belakang atau ani@ya. Tetapi, bagi saya ia satu k£s yang berat sangat hingga saya amat k£cil hati dan bawa diri. Hingga jauhkan diri daripada dia. Saya juga minta pada Allah, tak nak jumpa orang-orang macam ini (Roslan) sebab lebih t£ruk lagi daripada menga1bkan k£s saya itu. Sebab, saya yang duduk dalam keadaan berkenaan (dituduh).
"Tapi, kini selepas tujuh tahun berlalu, saya bersyukur perg@duhan dengan Roslan akhirnya terlerai apabila kami saling bermaaf-maafan walaupun bukan mudah sebenarnya. Tujuh tahun adalah satu tempoh yang lama. Namun dalam pada itu, saya tahu Roslan ada usaha untuk kami cuba berbaik semula, tapi saya yang tidak menerima dan masih berkeras hati," kata Ifa dimana dia sedia menerima kemaafan Roslan selepas kehilangan ibu dan adik tersayang buat selamanya, termasuk rezeki tiga kali mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.
"Memang sangat-sangat tr@uma (dituduh untuk membunuh). Saya sampai lemb1k kepala lutut sebab saya tak pernah ada dalam situasi itu dan orang yang menuduh saya bukan orang lain. Tapi, kawan baik saya sendiri. Tergam@k dia buat macam itu, sampai saya jadi tak percaya Roslan sanggup buat saya hingga berasa sangat sedih. Itu yang saya tak boleh terima," ujarnya yang turut berkata, dia mungkin boleh menerima dakwaan bunvh berkenaan sekiranya ia daripada individu tidak dikenalinya, namun sangat dik£salkan apabila dakwaan itu dibuat oleh sahabat baik sendiri.
Sementara itu, Roslan pula mengulas, dia memang sentiasa merindui persahabatan baiknya dengan Ifa, namun memahami penyanyi lagu 'Ser Ser Ser' yang mempunyai dua cahaya ini belum sedia memaafkannya dengan apa yang sudah berlaku antara mereka.
"Bagaimanapun, ingin saya jelaskan mengenai dakwaan bunvh itu, sebenarnya saya tiada niat pun untuk menuduh dia (Ifa). Niat saya ke Balai Polis di Johor ketika itu buat laporan demi keselamatan diri. Apabila saya tunjukkan video itu kepada pihak polis dan bertanya sama ada ia ugvtan, saya dimaklumkan begitu (ada unsur ugvtan). Jadi, saya buat laporan bagi menjaga keselamatan diri sebab selalu berulang-alik antara Malaysia dan Singapura.
"Cuma, sil@p saya lagi waktu itu apabila tidak membaca dengan teliti laporan dibuat. Malah, apa yang saya lakukan itu selepas mendengar pandangan orang sekeliling juga," jelas Roslan yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ugvtan bunvh diterimanya di Balai Polis Johor Bahru, Johor, pada 16 Januari 2018.
"Sebenarnya sepanjang tujuh tahun itu, kami berdua tidak pernah menghubungi antara satu sama lain. Malah, di media sosial juga kami tidak mengikuti akaun masing-masing sebab dah 'bl0ck'. Apapun, saya sekarang mengambil pendekatan tidak mahu mendengar lagi cakap-cakap daripada orang lain.
"Sesiapa yang datang bertemu saya dan cuba bercerita mengenai orang lain, saya terus hindar diri. Saya tidak mahu nama saya dipetik nanti untuk cerita memburvkkan orang lain yang saya tak buat pun. Jadi, sekarang saya pastikan hanya didekati oleh orang-orang yang p0sitif saja," tuturnya dimana dia juga amat bersyukur apabila Ifa sudi juga menerima kemaafan daripadanya dengan setulus hati.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment