25 December 2024

BABY SHIMA JAWAB TUDUHAN TAK BERI IZIN NYANYI LAGUNYA DI SARAWAK - PRETTY NINA TAMPIL MOHON MAAF



Enggan berdiam diri, penyanyi Baby Shima menerusi peguam Tetuan Azfar Azmi & Co menghantar n0tis peringatan terhadap penyanyi yang dikenali sebagai Pretty Nina itu bagi menjernihkan keadaan, selepas dia difitn@h penyanyi dari Sarawak yang menuduh tidak memberi keizinan menyanyikan lagu-lagunya.

"Kenyataan media ini bertujuan menjernihkan keadaan berikutan penularan isu penggunaan dan perolehan secara sal@h karya membabitkan anak guam saya oleh sesetengah pihak termasuk beberapa isu nar@tif sentimen melamp@u.

"Anak guam saya tidak melarang mana-mana penyanyi untuk mendendangkan lagu-lagu dan komposisi muzik dibawanya, malah lebih menggalakkan dendangan ramai bagi tujuan bersama.

"Isu timbul apabila minus one digubah khas untuk persembahan pentas anak guam diperoleh dan digunakan secara sal@h bagi tujuan komersil dalam mendapat manfaat kewangan tanpa kebenaran anak guam, komposer dan pengubah lagu oleh pihak lain tidak mempunyai hak terhadap karya berkenaan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, minus one digunakan penyanyi dari Sarawak berkenaan digubah khas untuk Baby Shima dan difahamkan, minus one khas ini diperoleh daripada kru teknikal yang terbabit dalam sal@h satu acara persembahan Baby Shima sebelum ini.

"Anak guam saya percaya bahawa hak ekslusif termasuk pencipta, penggubah dan pendendang lagu adalah tunjang utama industri seni tanah air yang perlu diberikan perlindungan sewajarnya mengikut undang-undang," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Baru-baru ini, Pretty Nina menerusi Facebook mendakwa, dia dihalang menyanyikan lagu 'Pantun Janda', 'Ikan Dalam Kolam', 'Berkikis Bulu Betis' dan 'Bujang Sarawak' nyanyian Baby Shima dan kenyataan itu menimbulkan kek£cohan, malah Baby Shima turut kena kec@m sehingga ada meminta agar penyanyi itu diboik0t dan dihalang mengadakan persembahan di Sarawak.

Dalam pada itu, jelas Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, dia tidak pernah menghalang mana-mana penyanyi menyanyikan lagunya, tetapi bukan dengan cara mencuri minus one digubah khusus untuk persembahannya.

"Minus one ini saya gubah khas untuk persembahan. Saya keluarkan duit sendiri mengupah penggubah dan penyusun lagu. Tak bolehlah penyanyi ini ambil sesuka hati dan tind@kannya dikira mencur1," tutur Baby Shima, dimana dia tidak meminta penyanyi berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka, cukup dengan tidak lagi menggunakan minus one khas berkenaan.

Berhubung itu, Pretty Nina tampil memohon maaf secara terbuka kepada Baby Shima kerana tidak sengaja menggunakan minus one khas versi penyanyi itu, selain turut menjelaskan, semua video dimuat naik dalam media sosialnya hanyalah untuk aktiviti sendiri dan tanda penghargaan buat peminat, bukan untuk mengaut keuntungan bayaran mahupun r0yalti.

"Saya mohon maaf secara terbuka kepada Baby Shima kerana tidak sengaja menggunakan minus one versi khas dan karaoke lagu 'Bujang Sarawak'. Secara jujur, saya tidak tahu lagu 'Pantun Janda', 'Ikan Dalam Kolam', 'Berkikis Bulu Betis' dan 'Bujang Sarawak' versi minus one khas itu tidak boleh dinyanyikan.

"Saya sudah mendapat surat peringatan daripada Baby Shima dan diberi tempoh tujuh hari untuk memadam semua video dalam platform media sosial. Sekiranya gag@l berbuat demikian, saya bakal disam@n. Jadi, saya sudah memadamkan semuanya termasuk dikongsikan oleh peminat. Saya juga tidak akan lagi membawakan apa-apa lagu milik Baby Shima di mana-mana selepas ini," tuturnya menerusi video dimuat naik di Facebook.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: