25 December 2024

"SEMOGA YANG JUMPA DUIT ITU, DIA BENAR-BENAR MEMERLUKAN" - ZULIN AZIZ REDA DOMPET HILANG



"Saya masih belum jumpa 'purse' (dompet) itu, tapi saya reda. Saya percaya Allah gantikan dengan rezeki lebih baik nanti. Semoga yang jumpa duit itu, dia benar-benar memerlukan. Mungkin rezeki dia yang lebih layak. Semua ini bukan milik kita. Pinjaman saja. Tak apalah. Yakin 100 peratus Allah maha kaya, maha memberi, maha mengetahui."

Demikian tulis pelakon Zulin Aziz atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, dimana dia berharap dompetnya yang hilang sejak beberapa hari lalu dan masih belum dijumpai hingga kini j@tuh ke tangan individu memerlukan.

Zulin yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram (IG), berkata, dia sudah reda sekiranya dompet itu tidak dikembalikan kepadanya kerana baginya apa yang berlaku sudah tertulis dalam takdirnya dan ujian harus diterima dengan hati tenang.

Klik untuk gambar besar

"Hari pertama menangis hilang duit. Tapi, bila fikir-fikir balik dan husnuzon, Allah bagi kemanisan selepas ujian itu, Alhamdulillah. Bersangka baik dengan Allah. Terima kasih kepada yang t£gur saya di Korea ini. Semua tanya dompet dah jumpa, 'sweet!!' (manisnya). Siap ada yang belanja makan.

"Jangan risau tau. Alhamdulillah, saya baik-baik saja. Masih ada 'bank' suami. Nanti balik Malaysia, kita kerja keras balik. Ganti apa yang hilang, Insya-Allah," katanya yang turut berkongsi fotonya bercuti di Korea Selatan bersama suaminya, Farhan Norzaini.
Perkongsian yang dibuat Zulin itu mendapat komen p0sitif netizen yang mendoakan dia sentiasa selamat, dilindungi Allah daripada bah@ya, terus dimurahkan rezeki serta bahagia di dunia dan akhirat.

Pada Isnin lalu, Zulin berkongsi kisah sedihnya di IG apabila kehilangan dompet yang mungkin tertinggal atau terj@tuh di tempat duduk pesawat dalam perjalanan percutiannya ke Korea Selatan.

Jelasnya, perkara itu (dompet hilang) disedarinya agak lewat dan beranggapan kehilangan terbabit berlaku mungkin di tempat duduk pesawat dan difahamkan juga kali terakhir Zulin mengeluarkan dompetnya ketika di dalam pesawat apabila membeli minuman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: