Hasrat menimang cahaya mata ketiga nampaknya tidak kesampaian apabila pelakon Amyra Rosli, 33, memaklumkan mengalami keguguran.
Kongsi berita sedih itu menerusi Instagram, Amyra dilihat tenang dan reda dengan apa yang berlaku dan menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka.
Dalam perkongsian itu juga, Amyra berasa syukur kerana berpeluang merasai nikmat kehadiran anak syurganya ini biarpun seketika.
Klik untuk gambaar besar
"Tak apa, kita fokus 'shooting' (penggambaran) dulu," tulis isteri kepada pelakon Amar Baharin itu dimana peristiwa sedih ini tidak mematahkan semangatnya yang mahu kembali bangkit meneruskan kehidupannya seperti sediakala.
Amyra menerusi tanda pagar statusnya memaklumkan, dirinya dipercayai mengalami keguguran akib@t kehamilan kim1a atau 'chem1cal pregnancy'.
Meninjau ke ruangan komen, suami Amyra tampil meninggalkan kata-kata semangat buat isterinya.
"Allah sebaik-baik perancang untuk perjalanan hidup dan m@ti hamba-Nya. Percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah. Insya-Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong mommy," tuturnya.
Untuk makluman, Amyra berkahwin dengan Amar pada November 2016 dan kini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7 dan Aura Aryssa, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment