02 December 2024

"SUDAH 20 TAHUN SAYA BERTAHAN, CUKUPLAH!... SAYA TERPAKSA BUKA A1B..." - ZAHNITA WILSON KONGSI FOTO MATA L£BAM, DAKWA JADI M4NGSA KEGAN4SAN RUMAH TANGGA



"Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan mas@lah kek£rasan rumah tangga sejak sekian lama. Punca saya dipukvl adalah sebab saya bertanya suami tentang dia dengan wanita lain tetapi langsung tak boleh bawa berbincang (dengannya).

"Selama ini saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami. Saya juga pernah minta cerai tetapi dia menjanjikan bumi dan langit. Tetapi tidak lama, dia ulang semula perbuatan mengas@ri saya. Sudah 20 tahun saya bertahan, cukuplah!

"Saya sedang menunggu wakil peguam datang dari Kuala Lumpur untuk mengambil tind@kan seterusnya," itulah jelas pelakon dan model berwajah Pan Asian, Zahnita Wilson dimana dia mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi foto bahagian mata kirinya dalam keadaan l£bam.

Sering dilihat ceria menerusi hantaran di Instagram, Zahnita atau nama penuhnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, nampaknya tidak berdolak-dalik tentang punca matanya l£bam dimana dia mendakwa dibel@sah oleh suaminya sendiri iaitu Abdul Zackery Ghouse.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Zahnita yang sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga, mendakwa ada melihat beberapa individu muncul di hadapan kediaman ibunya di Kuantan, Pahang, dimana dia sendiri tidak pasti siapakah individu itu, namun mereka mendakwa daripada sebuah agensi yang bertujuan mahu membawanya ke balai polis.

"Selama ini saya dipukvl saya ada buat laporan polis tetapi tidak ada apa-apa tind@kan. Malah tind@kan itu berbalik kepada saya, sangat gil@. Saya tak tahu agensi apa. Apabila saya tanya mana laporan polis dan war@n tangk@p terhadap saya, mereka tak boleh jawab dan hanya beritahu mahu mengambil kenyataan daripada saya," ujar Zahnita.

Jelas pelakon itu lagi, dia terpaksa mendedahkan perbuatan suami kerana ingin mendapatkan semula anak sulungnya iaitu Zahrafeena, 17, yang kini berada bersama Zackery sejak seminggu lalu.
"Saya mahukan anak saya... Sudah seminggu lebih dia ambil anak saya dan saya sudah tidak tahu apa lagi nak buat. Saya terpaksa buka a1b, maaf saya tidak boleh simpan lagi. Sudah 20 tahun saya bersabar.

"Sebagai wanita saya juga ingin beri kesedaran kepada semua terutamanya yang senasib dengan saya agar terus bersuara dan jangan diam," tutur pelakon filem 'Kuliah Cinta' ini, dimana, pada 2013, dia pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Zahnita bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang keputusan yang dibuat, sebaliknya hanya menjelaskan dia dan suami tidak lagi ditakdirkan hidup bersama, selain turut mendedahkan rumah tangga mereka sudah berg0lak sejak penghujung tahun 2011.

Untuk makluman, Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: