03 December 2024

DILANTIK DUTA KEMANUSIAAN - ANUAR ZAIN AKAN MANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI



Sentiasa mengikuti rapat apa yang berlaku dan amat tersentuh dengan kes£ngsaraan di Gaz@, penyanyi terkenal iaitu Anuar Zain merasakan perlu untuk membantu mereka terk£san dengan menerima cadangan kolabrasi bersama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar), sekali gus menjadi Duta Kemanusiaan.

"Peluang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk terus membantu rakyat Pal£stin yang sentiasa diuji dengan pelbagai cab@ran.

"Saya menyeru orang ramai dan pihak korp0rat untuk bersama-sama dalami kempen ini. Sumbangan anda mampu memberikan imp@k besar kepada kehidupan mereka," ujar penyanyi lagu 'Lelaki Ini' itu.

Kata Anuar lagi, menerusi kempen 'Pal£stine Rays of Hope', diharap dapat membantu rakyat Pal£stin yang berg£lut dengan kris1s kekurangan makanan dan keperluan asas serta berdepan dengan musim sejuk bakal tiba tidak lama lagi.

Sumbangan boleh disalurkan kepada pihak Mahar. Setiap ringgit disumbangkan mampu memberikan kehangatan dan harapan kepada mereka yang memerlukan.

Klik untuk gambar besar

Fokus pertama bantuan dari kempen ini adalah pakaian dan perkakasan musim sejuk. Usaha ini diharap dapat meringankan b£ban, sekali gus membawa harapan baru untuk mereka meneruskan kehidupan.

Sementara itu, Presiden Mahar, Jismi Johari pula berkata, signifikan program yang dirancang pihaknya adalah untuk menunjukkan solid@riti kepada masyarakat di Gaz@ serta menterjemah rasa ihsan serta belas kasihan.

"Kita berharap usaha ini akan membentuk satu gelombang kebersamaan dari peringkat masyarakat untuk mencipta kebaikan secara berjemaah.

"Kempen ini bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan mend£sak mereka tetapi meningkatkan kesedaran mengenai cabaran kemanusiaan berterusan di Pal£stin," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: