18 December 2024

AWIE MINTA ORANG LUAR TIDAK MENCAMPURI URUSAN KUMPULAN WINGS



"Sila bertenang. Sebenarnya saya juga ingin bersama (JoBranko). Tapi kalau saya bersama, dua orang ini (Sham dan Edrie) saya nak camp@k mana? Kemahuan orang ini hanya empat orang saja (Awie, Eddie, Black dan JoBranko). Tak bagus lah. Sebenarnya kita pun nak, tetapi dalam masa tengah kita perjuangkan sesuatu ini, kita buatlah jalan dulu.
"Yang lain jangan sibuk sebab Joe (JoBranko) pun dah 'move on'. Saya pun dah 'move on'. Jadi kita tak ada apa-apa nak dik£cohkan lagi. Mereka (Barbarik) dah ada band yang bagus. Barbarik sangat bagus, jalan terus tak ada mas@lah."

Demikian kata vokalis Wings, Awie, 56, yang meminta orang luar agar tidak mencampuri urusan kumpulannya, berikutan kenyataan Mel juga bekas penyanyi Wings yang mahu melihat anggota asal Wings bersatu kembali sebelum dia menutup mata.

Pinta Awie lagi, pihak berkaitan yang sudah terkeluar dari Wings supaya jangan menyibuk dan biarkan mereka menguruskan kumpulan itu sebaiknya.

"Memang kita nak. Dah makin peringkat umur ini kita dah tak nak k£coh-k£cohlah. Saya pun tak pernah nak bising apa-apa. Saya diam saja semua, saya tak nak cakap apa pun, tidak. Tapi bila yang orang luar pula bercakap macam ini untuk apa? Tak usah k£ruhkan keadaan.

"Nanti benda ini nampak buruk pada saya juga. Saya tak nak orang asyik menuduh saya sahaja sebab saya tak pernah buka mulut pun apa soal peribadi, soal kejadian A hingga Z. Saya diam," kata Awie yang turut meminta orang luar agar jangan membuka peluang bagi meng£ruhkan lagi keadaan memandangkan mereka semua sudah berusia.

"Saya suka tengok band (Barbarik) dia. Saya tengok persembahan mereka, bagus band ini, teruskan. Tak ada apa lagi dia (JoBranko) nak toleh belakang dah. Tak perlu lagi. Masing masing dah bahagia dengan jalan hidup sendiri.

"Saya tengok mereka dah okey dah sukses. Yang bagus teruskan dan saya sokong. Tak perlu nak fikir lagi dah apa yang lepas-lepas. Yang membuatkan fikiran orang berfikir ini adalah orang yang di kiri kanan yang bukan-bukan," ujarnya yang tidak menuding jari kepada sesiapa dan membiarkan perkara ini mengikut keadaan yang ditetapkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: