Selepas kembali dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Ahad lalu, isteri kepada pelakon Lan Zailan, 66, iaitu Ruby Sara Omar, 51, memaklumkan keadaan suaminya yang menghidap kans£r pankreas tahap empat itu kini krit1kal.
Jelas Ruby Sara, suaminya itu dibenarkan keluar wad dan pulang ke rumah untuk berehat pada Sabtu 14 Disember, namun dikejarkan semula ke unit kec£masan zon merah PPUM pada malam Ahad dan dipantau 24 jam oleh doktor.
"Hari Isnin baru dia dimasukkan ke wad sampai sekarang. Bacaan oksigen abang Lan okey tapi keadaan dia agak t£ruk. Doktor kata tak boleh ikut pada bacaan itu sahaja, kena ikut pada kemampuan dia juga.
Klik untuk gambar besar
"Maknanya doktor dah suruh saya bersedia terima kenyataan. Begitulah lebih kurang," kata isteri Lan dalam keadaan sebak.
Katanya lagi, Lan sedar macam biasa tetapi doktor menambah dos agar suaminya itu lebih tenang dan tidak menghiraukan keadaan di sekeliling.
"V1rus kans£r aktif masuk ke paru-paru sebelah kirinya, bermakna sebarang kebarangkalian akan berlaku. Anak-anak semua mula bergerak ke sini (hospital). Kami semua dah reda.
"Saya pun ada beritahu kawan-kawan dan mereka akan dibenarkan masuk secara berperingkat. Tapi abang Lan tak dibenarkan bercakap.
"Moga ada keajaiban untuk abang Lan. Saya minta peminat doakan yang terbaik buatnya, ada keajaiban dan dia terus kuat. Saya mewakili abang Lan memohon maaf segala-galanya sekiranya ada kesal@han yang dilakukan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment