18 December 2024
DIDIE ALIAS ENGGAN KENANG LAGI PERSAHABATANNYA BERSAMA ENOT, AKUI TIADA DENDAM : "DIA TIADA LAGI DALAM MEMORI HIDUP SAYA..."
"Selepas apa yang berlaku, saya kini mahu teruskan kehidupan yang tenang saja. Antara kami, sudah tiada apa yang perlu diingatkan sebab saya sudah padam namanya dan memori itu.
"Dia (Enot) tiada lagi dalam memori hidup saya, walaupun pernah menjadi kesayangan saya yang ditatang umpama minyak penuh."
Ujar pelakon dan artis komedi berkaliber, Didie Alias, 52, dimana dia enggan mengenang lagi persahabatannya bersama pelakon Enot selepas tercetus konflik antara mereka tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
Meskipun masing-masing kini membawa haluan lain, Didie yang bersyukur masih aktif dalam karier seni dengan pelbagai tawaran diterima itu berkata, dia tidak berdendam, tetapi hanya lebih bagus untuknya supaya tidak membicarakan mengenai hubungan dengan Enot lagi.
"Dulu dia juga anggap saya seperti ibu, kakak dan sahabat yang boleh menjaganya. Namun, apa yang sudah berlaku itu membuatkan saya kecewa. Apa pun, saya sudah cuba yang terbaik dalam persahabatan, namun gagal. Saya minta maaf," tuturnya.
Difahamkan, kemelut persahabatan antara Didie dan Enot berlaku membabitkan peribadi sehingga hubungan baik dan rapat dulu menjadi renggang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment