18 December 2024
"BANYAK PERKARA YANG SAYA BUAT SEPERTI ISTERI YANG NORMAL..." - ATIKAH SUHAIME LUAH RASA KURANG SENANG APABILA DISAMAKAN SEPERTI BIBIK
Pelakon Atikah Suhaime menerusi perkongsian di Insta Story miliknya baru-baru ini telah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang menyamakan peranan seorang isteri seperti pembantu rumah atau bib1k.
Kata pelakon yang berasal dari Singapura itu, layanan diberikan kepada suami adalah perkara normal dan ianya sebahagian daripada tanggungjawab seorang isteri.
"Banyak perkara yang saya buat seperti isteri yang normal mengikut apa yang diajar oleh ibu saya. Masak untuk suami, keluarga dan teman suami.
"Tetapi dekat TikTok orang cakap macam bibik atau maid," tulis Atikah yang turut memuat naik hantaran seorang pengguna media sosial yang menyifatkan seorang lelaki itu bertuah dan memiliki bidadari syurga jika isteri menghidangkan makanan buat mereka.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment