18 December 2024
PUNCA TANGAN KANAN KURANG BERFUNGSI - SHUIB DEDAH AYASH DILAHIRKAN PADA USIA KANDUNGAN 6 BULAN, TIDAK BERNAFAS SELAMA 8 SAAT
"Ramai yang bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash ini, sebenarnya disebabkan dia dilahirkan tidak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
"Doktor yang sambut ketika Ayash dilahirkan beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru.
"Disebabkan itu, oksigen lambat sampai otak selain ada kesan calar di belakang otak, jadi pada awalnya sebelah tangan tidak begitu berfungsi."
Itulah jelas pelawak dan usahawan, Shuib dimana dia mendedahkan tangan kanan anak bongsunya Ayash Affan kurang berfungsi disebabkan dilahirkan tidak cukup bulan.
Shuib yang berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok, berkata, Ayash dilahirkan pada usia kandungan enam bulan dan ketika itu, doktor memaklumkan anaknya tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan oksigen.
Selain itu, Shuib turut berkongsikan, keadaan tangan anaknya yang sentiasa menggenggam termasuk caranya berjalan namun kini menunjukkan perkembangan yang positif.
"Alhamdulillah, sekarang tangan kanan dia sudah kerap bergerak. Dulu tangan dia asyik genggam sekarang sudah mula terbuka sedikit. Masa usia dua tahun pun, cara berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
"Walaupun dilahirkan tak cukup bulan, Ayash memiliki otak yang sangat bijak dan sangat tidak menyusahkan," kata bapa kepada empat cahaya mata itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment