12 December 2024

"BAJU BAYI SEMUA SAYA SUDAH HANTAR 'DRY CLEAN', CUCI BERSIH-SEBERSIHNYA" - INTAN NAJUWA BERANG DITUDUH TAK JAGA KEBERSIHAN BARANGAN BAYI



Menerusi perkongsian di Insta Story, pelakon Datin Intan Najuwa yang berasa berang apabila dituduh tidak menjaga kebersihan barangan bayi sulungnya itu men£gaskan, dia sudah menghantar semua pakaian bayinya ke cucian kering dan sudah dibersihkan sepenuhnya.

"Baju bayi semua saya sudah hantar 'dry clean', cuci bersih-sebersihnya. Kalau nampak tanda harga, itu sebab sesetengah tempat cuci akan tanggalkan dan pasang semula selepas mencuci.

"Saya juga sudah asingkan pakaian untuk usia tiga hingga enam bulan, kerana baju itu belum akan digunakan sekarang. Saya tidak perlu beri penjelasan panjang lebar tetapi ada sahaja antara anda yang cakap itu ini," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, kata Intan lagi, malah bilik bayi serta rumah juga sudah dibasmi kuman sebelum bayinya dilahirkan.

"Bukan sekadar baju, bilik dan seluruh rumah saya juga sudah dipanggil orang untuk bersihkan siap sanitasi sekali sebelum bawa bayi masuk.

"Kalau bercakap tentang kebersihan, mungkin awak semua tidak tahu betapa saya sangat menitikberatkan perkara ini. Kadang kadang soalan macam kita ini benak ubi sangat tak tahu pasal benda asas," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: