12 December 2024

MASIH KUNCI MULUT ISU HUTANG - CHE TA MUAT NAIK SEMULA PERKONGSIAN TENTANG AIB, FITNAH



"Jangan dibuka a1b orang, kelak aib sendiri bertaburan. Jangan jadi dur1 dalam daging. Kau fitnah orang. Kau sebar aib orang. Kau cerita buruk pasal orang. Siap tokok tambah lagi. Kau dapat apa, seronok?
"Sibuk jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak tak nak jahit pulak. Jangan cari masalah kalau hati tak kental. Tak payah sibuk cara hidup orang lain. Lebih baik sibuk hal diri sendiri..."

Demikian hantaran yang dikongsikan pelakon sensasi, Rozita Che Wan dimana dia mengulang siar (repost) perkongsian seorang pengguna media sosial berkaitan membuka aib orang di Instagram Story miliknya.

Rozita atau mesra disapa Che Ta yang sehingga kini masih mengunci mulut berhubung isu hutang hampir RM1 juta itu turut dilihat membuat perkongsian semula Instagram Story adik-beradiknya iaitu Ruby Che Wan dan Ayu Raudhah mengenai ujian terhadap orang hebat.

"Orang yang hebat itu, ujian hidupnya hebat juga. Kalau tak percaya cuba tanyakan orang di sekitar kita yang kita rasa dia hebat saat ini.

"Tanyakan saja apa yang dia sudah perjuangkan, bagaimana dia menjalani hidup, apa yang sudah di k0rbankan, seberapa berat mempertahankan segala yang dia miliki dan apa yang Allah ambil dari dia. Hanya dia dan Allah saja yang tahu," tulis perkongsian itu.

Pada Selasa lalu, kediaman Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan kegagalannya melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: