Tahniah diucapkan kepada bekas isteri kepada pelakon Keith Foo iaitu Kim Raymond dimana dia kini telah pun selamat kembali bergelar isteri, baru-baru ini, selepas memeluk agama Islam Oktober lalu.
Kim yang memilih pengarah filem, Zahir Omar sebagai suaminya itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai pernikahannya itu.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Klik untuk gambar besar
Pada 24 Oktober lalu, Kim memeluk agama Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah yang dipimpin oleh Presiden Al-Khaadem iaitu Datuk Sheikh Hussain Yee di Markaz Al-Khaadem iaitu sebuah komuniti Islam yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Terdahulu, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith Foo pada November 2015, sebelum bercerai Disember 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Skylar Raymond Foo yang kini berusia 7 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment