05 December 2024

BATAL PERANCANGAN BERCUTI BERSAMA KELUARGA - YUSOF HASLAM MAHU GUNA WANG BANTU M4NGSA BANJIR



"Pada ketika ini, hari-hari dalam keadaan hujan dan banjir berlaku yang menyebabkan rakyat Malaysia pun muram. Jadi, kami (sekeluarga) buat keputusan batalkan perancangan percutian. Tak pergi mana-manalah.
"Tahun lalu pun, kita dah pergi ke Jepun bercuti sekeluarga. Jadi, untuk tahun ini (bercuti) kita berehatlah. Kita tangguhkan dulu dan pada tahun depan (2025) pun kita belum fikirkan lagi, fikir kemudian nanti."

Itulah kata penerbit Datuk Yusof Haslam, 70, dimana dia membuat keputusan membatalkan perancangan percutian bersama keluarganya ke luar negara berikutan musib@h banjir t£ruk yang melanda negara ketika ini.

Jelas Yusof atau nama penuhnya, Mohd Yusof Md Haslam Khan, melihat pada keadaan musim hujan dan banjir sekarang adalah tidak sesuai untuk 'terbang' ke luar negara semata-mata bercuti.

Ujarnya lagi, memang tidak seronok untuk dia dan keluarga ke luar negara melakukan percutian dalam keadaan sekarang apabila ada sebahagian rakyat di Pantai Timur yang dit1mpa ujian banjir t£ruk.

"Kita nak pergi seronok-seronok bercuti pun tak selesa sebab mengenangkan ada kawan-kawan dan staf Skop Productions yang kediaman mereka tenggelam akib@t banjir di Kelantan. Jadi, lebih baik duit yang ada itu disedekahkan untuk bantu mereka.

"Sebelum ini, pada 2014 dulu ketika berlaku banjir teruk di Kuala Krai, saya bersama kumpulan bantuan pergi ke sana (lokasi banjir) untuk menolong keluarga staf yang kehilangan rumah dan r0sak akib@t b£ncana alam itu.

"Jadi, kali ini pun saya rasa tak manislah untuk kita sekeluarga ke luar negara bercuti sebab ada antara staf syarikat saya yang bersedih kerana ditimpa musib@h berkenaan. Lebih baik saya bantu mereka saja," katanya.

Dalam pada itu, Yusof memberitahu, pihaknya akan ke Pantai Timur melakukan aktiviti bantuan sumbangan pada tahun depan apabila keadaan banjir semakin pulih.

Sebelum ini, anak Yusof iaitu pengarah filem, Syafiq Yusof memaklumkan kepada media mengenai perancangan ibu bapanya yang mahu bercuti dengan semua ahli keluarga termasuk Syamsul Yusof ke Eropah.

Tambah Syafiq lagi, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail bertanggungjawab menjadi 'mastermind' dalam merancang percutian itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: