"Saya suka kumpul minyak wangi dan kalau nak tahu, saya adalah pengguna minyak wangi wanita. Saya suka bauan wanita dan ada banyak koleksi bauannya. Minyak wangi wanita ini saya perasan tahan lebih lama berbanding wangian lelaki yang memang saya kurang pakai sebab bau pun agak kuat," itulah akui Datuk Jamal Abdillah, 65.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, berkata demikian selepas dia baru-baru ini bekerjasama dengan sebuah syarikat menghasilkan produk minyak wangi Verlune by Datuk Jamal.
Ujar penyanyi itu lagi, dia memastikan mempunyai dokumen perjanjian selengkapnya dalam perkara tersebut setelah sebelum ini mempunyai pengalaman dit1pu RM2 juta akibat kegagalan syarikat pelaburan disertai membayar dividen dan memulangkan semula wang pelaburan kepadanya membuatkan Jamal berhati-hati menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak.
Klik untuk gambar besar
"Dari segi bisnes kita nampak apa yang mereka buat. Mereka jual nama saya dan saya akan dapat bayaran. Perbincangan pula banyak membabitkan isteri (Datin Zai Izzati) dengan mereka," jelasnya yang juga memberitahu, selepas menyatakan persetujuan, kedua-dua pihak menandatangani perjanjian dan mengenal pasti apa yang boleh dibuat dan tidak.
"Macam isu yang saya kena 'scam' pun, memang semua dah ada. Cuma, mereka berani juga nak buat begitu. Tapi itu isu lain. Namun, saya tahu mereka pasti akan naik mahkamah. Saya juga sudah berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan perkara ini akan diselesaikan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment