"Ada izin Allah, Insya-Allah, dua minggu lagi panjang umur, sihat badan boleh genapkan 100 (beg darah)... Banyaknya derma darah? Tidak banyak pun. Tadi (semalam) baru sembang dengan staf PDN, rekod sekarang penderma darah paling banyak sudah 800 kali dan masih aktif menderma.
"Selagi sihat dan mampu nikmat kesihatan ini boleh sahaja dikongsi kepada yang memerlukan," ujar pelakon Azhan Rani, 48, yang mendakwa dia sudah menderma 99 beg darah kepada Pusat Darah Negara (PDN) dan merancang menggenapkan kadar itu kepada 100 beg dalam tempoh dua minggu lagi.
Dalam pada itu, Azhan berkata, selagi tubuh badan masih sihat, dia akan terus menderma darah supaya dapat memberi manfaat kepada individu yang memerlukan, selain turut menjelaskan mengenai warna darahnya yang seakan-akan kekuningan.
Klik untuk gambar besar
"Purata dalam sehari 2,000 beg darah diperlukan untuk kegunaan ramai pesakit di seluruh negara. Permintaan akan lebih meningkat apabila musim cuti dan perayaan. Umur maksimum boleh jadi penderma darah 70 tahun. Itu pun kalau tiada apa-apa penyakit.
"Hantaran ini bukan nak bermegah berapa banyak sudah derma darah. Hantaran ini harap dapat menjentik lebih ramai untuk turut sama prihatin menderma darah. Tidak kisah penderma darah utuh (wholeblood) atau penderma apher£sis macam aku ini," jelas pelakon drama rantaian 'Nur' itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
![Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...](http://www.linkwithin.com/pixel.png)
No comments:
Post a Comment