Pada jam 6.30 petang semalam, vokalis kumpulan rock Zabarjad, Malek atau nama sebenar, Ab Malek Mohd Amil @ Mohd Amir, 55, dilaporkan telah mmenghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah di Taman Melana, Johor.
Berita pemergian Malek itu dikongsi oleh Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan ahli jawatankuasa Karyawan Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar menerusi akaun Facebook miliknya.
"Assalamualaikum semua. Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat saya, Malek penyanyi lagu 'Karam' bersama kumpulan Zabarjad telah kembali ke negeri abadi di rumahnya. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buatnya dan berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," tulisnya.
Sementara itu, anak sulung Allahyarham iaitu Azim Malek, 34, berkata, arwah ayahnya sentiasa aktif dalam bidang nyanyian sebelum diuji dengan strok pada Januari lalu.
Klik untuk gambar besar
"Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali tiada selera makan sejak beberapa hari lalu. Dia pergi ketika dalam tidur. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
"Jenazah akan dikebumi antara jam 10 pagi hingga 11 pagi di Taman Perkuburan Bukit Alif, Johor Bahru dan sebelum itu jenazah akan dibawa ke rumah ahli keluarga di Jalan Barli 1/11 Taman Skudai Kanan, Bandar Baru Uda di sini," katanya yang mempunyai lima adik beradik ketika dihubungi.
Terdahulu, Allahyarham dilaporkan terpaksa berehat daripada nyanyian selepas menghidap strok (angin ahmar) pada tahun ini dan pend£ritaan arwah Malek itu turut mendapat perhatian daripada Nizam Laksamana yang memberi sumbangan wang tunai menerusi Showcase Amal Artis Legenda 4.0 anjuran Nizam Laksamana Production pada 1 Jun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment