15 December 2024

DITAH4N BERSAMA G4NJA - SELEBRITI LELAKI P0SITIF DAD4H



"Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah tetrahydrocannabinol (THC)," demikian kata Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.
Menerusi laporan Harian Metro, seorang selebriti lelaki telah ditahan bersama dua paket lutsinar disyaki dadah jenis ganja di sebuah rumah teres di Cyberjaya.

Jelas Ketua Polis Sepang itu lagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD Sepang membuat serbuan di kediaman selebriti itu pada jam 3.10 petang semalam dan menahan suspek berusia dalam lingkungan 41 tahun.

Hasil siasatan polis menemui dua paket lutsinar setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

Siasatan juga mendapati susp£k tiada rekod lampau dan kes disiasat di bawah Sekayen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukvm penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: