07 December 2024
DAKWA DIPERDAYA PELAKON LELAKI RM30,000 - PENGURUS ARTIS BAKAL BUAT LAPORAN POLIS
Seorang pengurus artis dikenali sebagai Izz baru-baru ini mendakwa dia telah diperdaya sebanyak RM30,000 oleh seorang pelakon lelaki selepas menjanjikan pulangan pelaburan berlipat kali ganda.
Kata pengurus artis itu lagi, ketika duitnya diminta dikembalikan, pelakon lelaki berusia 30-an itu sering memberi alasan apabila meminta duitnya dikembalikan.
"Saya sudah muak dengan pelbagai alasan diberikan pelakon ini. Kali pertama saya ditawarkan pelaburan ini, dia berjaya mendapat pulangan sekali ganda membuatkan saya percaya untuk melabur kali kedua.
"Bagaimanapun kepercayaan itu dimusnahkan apabila dia mengelak setiap kali saya bertanyakan mengenai hasil pelaburan terbabit.
"Lebih menyedihkan dia menawarkan saya untuk melabur satu sk1m pelaburan supaya saya dapat pulangan dengan segera sehingga saya mempercayainya.
"Bagaimanapun selepas melabur hampir setahun, dia memberi pelbagai alasan dan membuatkan saya hilang sabar," ujarnya yang kini sedang dalam proses mengumpul bukti dan dokumen untuk membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.
"Saya difahamkan bukan saya seorang saja yang sudah terk£na. Ramai lagi mangsa sudah terp£daya. Saya harap dengan laporan polis yang bakal dibuat akan memberi pengajaran kepada pelakon ini supaya berhenti menipu dan melakukan jenayah ini," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment