06 December 2024

DEMAM PANAS, KURANG SEL DARAH MERAH PUNCA JATUH PENGSAN DI RUMAH - ADIRA BERSYUKUR KINI STABIL, PERLU REHAT SECUKUPNYA



"Lepas waktu Isyak saya tiba-tiba pengsan di rumah. Abang-abang saya yang uruskan panggil ambulans dan bawa saya ke hospital. Syukur keadaan sekarang sudah stabil, cuma perlu rehat sehingga demam betul-betul sembuh."
Demikian kata penyanyi Adira Suhaimi, 33, dimana dia ditahan di wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, selepas jatuh pengsan di rumahnya, kelmarin.

Berhubung itu, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, menjelaskan, dia dihantar ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu, dia mengalami demam panas, selain kurang sel darah merah.

Ujar ibu kepada empat cahaya itu, kesibukan tanpa henti kebelakangan ini kemungkinan menjadi faktor kesihatannya terjejas kerana kurang rehat.

Disebabkan itu, penyanyi lagu 'Pujaan Hati' ini memutuskan untuk rehatkan diri secukupnya buat masa ini, termasuk terpaksa membatalkan beberapa undangan persembahan.

"Setakat ini persembahan hari Ahad sahaja yang tak boleh saya batalkan, jadi saya perlu sihat sebelum Ahad. Syukur beberapa penganjur lain memahami keadaan saya dan terpaksa batalkan undangan persembahan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: