06 December 2024

PU AZMAN DIPENJARA 14 BULAN SELEPAS MENGAKU BERSALAH LAKU KELUCAHAN MELAMPAU



Mahkamah Majistret di sini telah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap pendakwah selebriti, PU Azman selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek di sini, pada 9.15 malam, 10 Jun 2022.
Tertuduh, PU Azman atau nama penuhnya, Azman Syah Alias, 43, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas representasi dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara diterima bagi menukar pengakuan sebelum ini yang mengaku tidak bersalah.

Pada awal November, Jabatan Peguam Negara menerima representasi berkenaan yang dikemukakan PU Azman pada Oktober lepas.

Kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lalu itu dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi dan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Syuhada Rosli manakala PU Azman diwakili Peguam Fahmi Adilah.

Fahmi dalam rayuannya memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya serta memaklumkan pengakuan bersalah itu didorong faktor keinsafan dan menyesal atas perbuatan berkenaan, selain tertuduh berjanji kepada mahkamah untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan berguna.

"Anak guam saya juga memohon maaf kepada pengadu (mangsa) yang terlibat dan kerajaan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mahkamah yang mulia ini kerana mengambil masa ketika perbicaraan berlangsung (sebelum representasi diterima Jabatan Peguam Negara)," katanya.

Dalam pada itu, Rasyidah sebaliknya menegaskan sebagai seorang pendakwah selebriti, perkara itu tidak sepatutnya dilakukan terhadap pengadu yang ketika itu masih berusia 18 tahun, selain pengakuan bersalah bukan faktor yang patut diambil kira oleh mahkamah untuk memberikan 'diskaun' terhadap hukuman.

"Pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga terhadap masyarakat sejagat secara amnya," tuturnya.

Sebelum ini, PU Azman telah diperintahkan menjalani hukvman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada 27 September lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: