06 December 2024
NAFI DAKWAAN NORA ARIFFIN GELAR SUND*L - ANAK TIRI MUAT NAIK FOTO IBU BAPA : "YANG DAH KAHWIN BERPULUH TAHUN NI YANG SENYAP, TAK ADA TAYANG MENAYANG..."
Luahan perasaan anak tiri kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin dikenali sebagai Alia Rushdi TikTok telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar bahagia kedua ibu bapanya serta mengatakan meskipun sudah berpuluh tahun kahwin tidak menayang kepada umum.
"Yang dah kahwin berpuluh tahun ni yang senyap, tak ada tayang menayang, hidup bersederhana," tulisnya yang juga berharap agar tiada individu lain hanya ibu dan bapanya sahaja.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai kenyataan Nora yang mendakwa dirinya digelar 'sund*l' oleh keluarga suaminya, bagaimanapun dakwaan terbabit telah dinafikan oleh anak tirinya.
Klik untuk gambar besar
Terima dengan hati yang tabah dengan ujian berkenaan, anak tiri Nora menegaskan mereka tidak pernah memanggil Nora dengan gelaran sedemikian serta tertanya-tanya bila kejadian itu berlaku.
Bukan itu sahaja, malah anak tiri Nora itu turut mendakwa penyanyi tersebut sudah banyak kali memburukkan keluarganya, namun mereka mendiamkan diri.
Dalam pada itu, anak tiri Nora mendakwa mempunyai bukti seperti rakaman yang disimpan dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan rakaman maki hamun kepada pihak media.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment