06 December 2024

ELFIRA LOY KESAL PERKONGSIANNYA DISALAH TAFSIR : "PERLU MUAT NAIK GAMBAR BERCIUM (DENGAN SUAMI) KE BARU NAK PERCAYA?"



"Suka hati saja dia nak kaitkan dengan rumah tangga. Memang suka mendatangkan fitnah ke? Orang perlu tahu yang perempuan bukan bersedih sebab lelaki saja. Banyak benda boleh buat rasa sedih.
"Contohnya pengorbanan karier, kawan menjauh, kena fitnah atau tak dapat buat apa yang dia suka disebabkan orang lain. Berhentilah! Perlu muat naik gambar bercium (dengan suami) ke baru nak percaya?"

"Kepada netizen yang tambah perisa dalam ruangan komen, memang teringin sangat nak rasa panas api neraka? Mulut itu macam tak boleh nak cakap baik-baik."

Klik untuk gambar besar
Itulah tulis pelakon Elfira Loy yang meluahkan rasa kesal apabila perkongsian rasa sedihnya di media sosial disalah tafsir oleh netizen sehingga ada beranggapan rumah tangganya bermasalah.

Elfira menerusi Insta Story, berkata, perkongsiannya itu tiada kaitan dengan rumah tangganya serta kesal dengan pihak yang membuat fitnah.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata iti turut meminta supaya berhenti menabur fitnah dan membuat spekulasi berkenaan perkongsiannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: