06 December 2024

"DULU SELALU LAWAT KUBUR ARWAH MAK, SEKARANG LAWAT KUBUR ARWAH ISTERI PULA" - HARUN HASHIM



Pelakon veteran, Harun Hashim, 68, yang baru-baru ini kehilangan isteri tercinta, Sakinah Ganjali, 48, mengakui kehidupannya kini sunyi dan berbeza, selain banyak menghabiskan masa menziarahi kubur arwah isterinya di kawasan berdekatan tempat tinggalnya sekarang di Kampung Bukit Hijau, di sini.
Pada 20 November lalu, arwah isteri Harun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada jam 9.45 pagi akib@t kans£r payud@ra tahap empat.

"Dulu saya selalu lawat kubur arwah mak di Bukit Kapar, sekarang bertambah lagi apabila melawat kubur arwah isteri pula. Boleh dikatakan setiap hari saya akan berkunjung ke kuburnya sekurang-kurangnya tiga kali sehari kerana terlalu rindukan dia. Dapat berada di situ pun dah cukup menyenangkan hati saya.

"Saya masih terasa kehilangannya kerana kami dah hidup bersama selama 12 tahun. Sepanjang tempoh itu dia menjadi tulang belakang saya di saat saya j@tuh dan memberi semangat untuk saya bangkit.

"Arwah sangat rajin mencari rezeki memandangkan saya tiada tawaran berlakon dan hilang punca pendapatan. Dia lah yang bertungkus lumus jual kerepek, makanan dan sebagainya," tuturnya.

Jelas pelakon veteran itu lagi, dia yang mengalami mas@lah penglihatan mata kiri diliputi sel@put, k£ncing manis dan kolest£rol ini baru sahaja menyewa kediaman ini memandangkan ia berdekatan dengan kubur isterinya.

"Alhamdulillah... dep0sit rumah ini adalah dari sumbangan orang ramai sebelum ini. Untuk sewa bulanan, saya harap pihak Lembaga Zakat Selangor dapat membantu selepas ini," kata Harun.

Sementara itu, Pengerusi Karyawan, Datuk Khadijah Ibrahim atau Khaty, berkata, dia bersimpati dengan nasib Harun dan akan membantu mencantikkan rumah itu mengikut kemahirannya.[

"Apabila tengok keadaan rumahnya, saya berasa terpanggil untuk membantu. Lagipun kami adalah kawan lama. Kami pernah berlakon bersama satu drama kira-kira 15 tahun lalu. Walaupun jarang berjumpa, hubungan kami kekal baik.

"Dia juga rakan baik arwah abang saya, Latif Ibrahim. Insya-Allah saya akan buat demikian dalam masa terdekat," kata Khaty yang menyantuni pelakon veteran itu baru-baru ini bersama Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: