04 December 2024

DIDAKWA SUDAH NIKAH DI THAILAND - ZARA ZYA NAFI, LUAH KESAL : "INDIVIDU BERKENAAN DAKWA KONONNYA ADA BUKTI SIJIL NIKAH..."



"Bagi saya ia agak mengaibkan. Saya tak pernah bernikah sorok-sorok di Thailand," ujar pelakon Zara Zya yang meluahkan kesal apabila timbul dakwaan dia sudah pun bernikah di Thailand.
Zara menerusi perkongsian di Threads, menegaskan, dia belum berkahwin dan tidak pernah berkahwin seperti yang didakwa.

Malah, katanya lagi, dia tidak boleh tidur lena memikirkan dakwaan berkenaan serta menyifatkan ianya tuduhan berat dan mengaibkan, selain mencalarkan nama baiknya sebagai seorang selebriti.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia tidak tahu mengenai fitnah berkenaan dan hanya diberitahu oleh rakannya dan apa yang lebih mengejutkannya, ada pihak mendakwa ada sijil nikah sebagai bukti.

"Saya tak kenal siapa yang mulakan khabar angin itu tapi ia disampaikan oleh orang-orang terdekat saya. Saya biarkan saja ia berlalu.

"Namun perkara ini semakin serius selepas individu berkenaan mendakwa kononnya ada bukti sijil nikah kami di Thailand," katanya yang turut mengakui perkara itu sedikit sebanyak menganggu emosinya, namun sedia untuk bersemuka dengan individu berkenaan untuk selesaikan isu tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: