"Assalamualaikum. Mak saya baru sahaja meninggal dunia selepas subuh pagi ini. Tolong doakan mak saya semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman."
Demikian tulis pelakon Zarina Zainuddin, 54, menerusi hantaran di akaun Instagram, dimana dia memaklumkan berita sedih ibu tersayang, Zahura Abdul Mutalib, meninggal dunia di rumahnya di Taiping, Perak, pagi ini.
Zarina yang turut memohon doa agar arwah ibunya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman, berkata, dia sempat menghubungi ibunya semalam untuk bertanya khabar dan tidak sangka itu peluang terakhir diberikan Allah kepadanya.
Klik untuk gambar besar
"Saya ajak dia ikut balik ke Kuala Lumpur, tapi emak tak nak sebab papa (bapa tiri) pun tidak berapa sihat. Senang emak saya 'pergi'. Ya Allah, ampunkanlah semua d0sa emak dan tempatkannya di kalangan orang beriman," kongsinya.
Dalam pada itu, Zarina juga memberitahu, dia pernah tidak bercakap dengan arwah ibunya sebelum ini kerana berk£cil hati, namun bersyukur suaminya mengingatkan agar dia berhubung semula dengan ibunya itu.
"Lama juga saya tak bercakap dengan emak gara-gara k£cil hati. Tapi, baru-baru ini suami saya cakap, jangan k£raskan hati dengan emak sebab dia (suami) dah tak ada emak.
"Saya pun terus mesej emak saya dan minta maaf, katanya turut berkongsi paparan kiriman mesej terakhir di WhatsApp bersama arwah ibu yang dimuatnaik di IG," tuturnya.
Difahamkan, jenazah Allahyarham ibu Zarina akan dikebumikan di Perak, hari ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment