04 December 2024

"JANGAN MINTA MAAF KERANA TERPAKSA MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL" - LISA SURIHANI SOKONG ZAHNITA BERTINDAK BERANI



"Saya bersyukur anda berjaya keluar daripada rumah itu dan awak melakukan perkara yang betul dengan buat laporan polis. Jangan minta maaf kerana terpaksa menggunakan media sosial. Langkah itu sendiri pastinya sukar untuk diputuskan."
Itulah kata pelakon Datin Lisa Surihani yang menyokong tindakan berani yang dibuat pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson, 38, selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ujar Lisa, langkah proaktif yang diambil dan menyuarakan situasi di media sosial adalah satu keputusan yang bijak, selain berharap Zahnita dapat menjauhkan diri daripada ancaman keganasan itu.

"Tiada kata yang boleh menggambarkan kemarahan, kekecewaan terhadap bagaimana sistem sepatutnya bertindak lebih pantas menangani isu ini. Semoga anda dapat jauhkan diri dan dilindungi daripada bahaya dan sembuhkan awak daripada trauma," tuturnya.

Tidak hanya Lisa, ramai selebriti tanah air turut menyatakan sokongan dan rasa simpati terhadap ujian yang sedang dihadapi Zahnita, antaranya adalah Yasmin Hani, Sharifah Shahira, Tiz Zaqyah, Daphne Iking dan ramai lagi.

Baru-baru ini, Zahnita telah berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam dan susulan itu, suami kepada Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse ditahan reman selama tiga hari sejak kelmarin di Kuantan bagi membantu siasatan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: