22 December 2024

DITAH4N DI WAD - ADI PUTRA ALAMI JANGK1TAN KUM4N DALAM PARU-PARU & BATU KARANG



"Beberapa hari ini kami agak sibuk dengan urusan kerja. Namun, semalam tiba-tiba badannya (Adi Putra) sangat lemah dan terpaksa dibawa ke hospital.
"Dia yang ketika itu berada di lokasi penggambaran dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

"Setakat ini, keadaannya masih lemah dan doktor maklumkan dia mengalami demam, batuk, selesema, batu karang dan jangk1tan kum@n pada paru-paru."

Itulah jelas isteri kepada pelakon Datuk Adi Putra iaitu Datin Aida Yusof yang memaklumkan, tahap kesihatan suaminya itu dimana dia agak lemah sehingga terpaksa ditah@n di wad.

Kata Aida, Adi Putra dimasukkan ke pusat perubatan, di sini, kelmarin untuk dirawat selepas mengalami jangk1tan kum@n di paru-paru dan batu karang, selain mengakui suaminya itu j@tuh s@kit kerana tidak mendapatkan rehat yang mencukupi.

"Dia menjalani pengambaran drama bersiri berjudul 'Sekam Di Dada' dan juga pelancaran pr0duk kecantikan diberi nama Darling Moisturizer untuk saya uruskan. Jadi disebabkan tidak cukup rehat, badannya lemah dan j@tuh s@kit," katanya.

Sebelum ini, Adi memuat naik foto dia di hospital dan memohon agar urusannya dipermudahkan: "Semoga dipermudahkan. Aku rindu mu ibu (arwah ibu)."

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: