"Ameera, saya sangat bangga dengan awak dan awak jadi seorang wanita yang hebat. Doa saya untuk awak adalah semoga jumpa suami yang sempurna yang akan membantu memperlihatkan diri awak dari dalam yang sebenar."
Demikian kata selebriti popular, Noor Neelofa yang menitipkan ucapan istimewa kepada adiknya, pempengaruh media sosial, Ameera Khan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24.
Neelofa menerusi perkongsian di Insta Story turut mendoakan agar perniagaan yang diusahakan Ameera itu terus maju serta adiknya mencapai kejayaan.
"Teruskan mengejar impian 'LMK' dan 'Ellemkay' yang besar. Saya tahu awak akan merealisasikan dan ubah menjadi realiti yang indah.
"Tak sabar untuk melihatkan segala kejayaan itu. Teruskan mengapai kejayaan awak. Love you sangat sayang," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment