10 December 2024

NAJWA LATIF ALAMI KEGUGURAN : "ALHAMDULILLAH, ALLAH BAGI PINJAM LIMA MINGGU"



"Saya hanya ingin beritahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.

"Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana merasakan hal ia sangat peribadi untuk saya dan suami."

Itulah tulis lenyanyi dan juga pensyarah, Najwa Latif atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif, 29, dimana dia mendedahkan kandungannya yang baru mencecah lima minggu mengalami keguguran.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, Najwa yang memohon maaf tidak dapat berkongsi mengenai perkembangan terkininya itu hangat diperkatakan apabila tular videonya sedang mengajar serta kembali bergelar pensyarah di sebuah pusat pengajian.

Kata Najwa, walaupun tidak berniat berkongsi berita sedih itu, dia dan suaminya, Akwa Ariffin menghargai setiap doa serta sokongan ramai, selain turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat.

"Tetapi saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.
"Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga," kata penyanyi lagu 'Cinta Muka Buku' ini.

Dalam masa sama, Najwa juga meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan merasai pengalaman hamil selama lima minggu.

"Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila saya dapat jumpa awak nanti," tuturnya yang mendirikan rumah tangga bersama Akwa di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: