09 December 2024
DAPAT PERINTAH INTERIM - ZAHNITA WILSON LUAH RASA SEBAK : "KEBEBASAN BUAT SAYA & ANAK-ANAK"
Mahkamah Majistret Kuantan hari ini telah membenarkan permohonan pelakon Zahnita Wilson untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO).
Sebaik sahaja keluar dari mahkamah pagi tadi, Zahnita yang tidak dapat menahan sebak itu menganggap ia sebagai hari kebebasan buat dirinya dan empat anak-anaknya.
"Ia merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak," kata Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson.
Untuk info, IPO adalah peruntukan dalam Akta Kegan@san Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk m@ngsa, anak-anaknya dan saudara maranya.
Pada 5 Disember lalu, suami kepada Zahnita iaitu Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan menced£rakan bekas isterinya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment