09 December 2024

AKUI TERIMA SURAT TUNTUTAN (LOD) DARIPADA FAZURA SEBELUM UMRAH - FATTAH AMIN SERAH KEPADA PEGUAM



"Betul. Saya ada terima LOD bulan lalu iaitu sebelum mengerjakan umrah. Saya kurang pasti tarikh sebenar tapi pihak peguam sudah menjawab dan sudah diserahkan mengikut tarikh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima.

"Setakat ini, itu saja yang boleh saya kongsikan. Untuk urusan selanjutnya, kami tunggu saja di mahkamah," jelas pelakon Fattah Amin yang mengesahkan sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan yang dikeluarkan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.

Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, bagaimanapun enggan berkongsi butiran terperinci mengenai LOD yang diterima, sebaliknya berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk tind@kan lanjut.

"Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi, lebih elok simpan sendiri saja," ujarnya yang menganggap kandungan n0tis yang diterima terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Klik untuk gambar besar

Terdahulu, isu kenderaan yang dihadiahkan Fazura kepada bekas suaminya itu kembali menjadi bualan selepas peguam Fazura menyerahkan n0tis tuntutan yang disebutkan.

Ini kerana ketika sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Oktober lalu, Fazura dalam satu kenyataan memberitahu, dia menghadiahkan sebuah kereta untuk Fattah.

Berhubung kenyataan itu, Fattah tampil membal@s dengan men£gaskan kereta yang diterimanya itu bukan hadiah, sebaliknya dia membayar ansuran bulanan menerusi potongan gaji.

Untuk makluman, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: