23 December 2024

ELIZAD IZINKAN BERPOLIGAMI JIKA SUAMI MAHU ZURIAT : "KALAU TAK MAMPU SAYA LEPASKAN SEBAB SAYA JUGA TAK SEMPURNA"



"Jujurnya, kalau kerana suami mahukan zuriat, saya izinkan. Tapi, sampai bila berada dalam tempoh poligami, saya tiada jawapan. Kalau tak mampu saya lepaskan sebab saya juga tak sempurna. Semua orang tahu saya sudah hampir 10 tahun berusaha, jadi kalau nak cakap soal zuriat, saya kal@h.

"Suami tahu perjalanan saya, cuma kami tidak cerita saya pergi berubat seluruh Malaysia, duduk dalam tandas termenung. Orang tak nampak betapa berat perjalanan saya berusaha mendapatkan zuriat ini.

"Jadi, saya katakan kepada suami jika mahu kahwin lain sebab zuriat, saya okay. Saya pun makin berusia, tapi suami katakan dia pernah ada anak dan tidak kejar ke arah itu."

Itulah kata pelakon Siti Elizad dimana dia memberi keizinan buat suaminya untuk berpoligami jika mahukan zuriat serta pernah mengutarakan pendapat mengenai berkahwin lain.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, Elizad meluahkan rasa syukur meskipun tidak mempunyai zuriat, dia mempunyai suami sangat memahami dan tidak pernah dimar@hi suami.

"Saya tak pernah dimar@hi atau berg@duh besar dengan suami. Bila jumpa kawan-kawan, mereka kongsi g@duh dengan suami dan anak.

"Saya tak merasai perkara ini, jadi saya fikir mungkin Allah kurangkan perkara lain dan lebihkan dalam soal lain. Apa yang penting, kami bahagia, tak g@duh dan okay," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: