23 December 2024

"MOMMY SEORANG PUN DAH CUKUP DAH" - ANAK-ANAK TIDAK BENARKAN RITA RUDAINI KAHWIN LAGI



"Tak payahlah, Mommy tak payah kahwin lagi. Mommy seorang pun dah cukup dah," demikian kata-kata anak-anak kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna dimana mereka tidak membenarkan ibu mereka untuk berkahwin lagi.

Difahamkan, perkara itu dikongsikan oleh anak-anak Rita ketika ibunya membacakan soalan daripada peminat ketika siaran langsung di TikT0k.

Mendengar jawapan kedua-dua anaknya itu, Rita berkata, dia tidak akan berkahwin lagi kerana mahu hidup bersama mereka.

Klik untuk gambar besar

"Hah dengar itu korang. Mommy tak akan kahwin lah sebab mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik," ujarnya.

Perkongsian Rita serta anak-anaknya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat anak-beranak itu saling berpelukan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar Rita dan anak-anaknya itu terus bahagia dan berharap apabila mereka dewasa kelak akan terus menjaga ibunya sehingga hari tua.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: